Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

Skuad bola sepak negara mesti menang (Berita Harian Online)

2010/12/14

SKUAD bola sepak negara harus menang ke atas Vietnam, esok bagi menambah keyakinan apabila berkunjung ke gelanggang lawan pada perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010.

Amanat itu disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang percaya kelebihan dengan modal selesa dapat bantu menaikkan keyakinan pemain negara apabila bermain di hadapan ribuan peminat fanatik Vietnam di Stadium My Dinh nanti.

“Saya berharap pasukan bola sepak negara dapat bermain penuh semangat menewaskan Vietnam dengan lebihan gol kerana tahu apabila pergi ke Vietnam nanti, kita akan bertarung dalam ‘stadium keramat’ mereka,” katanya selepas majlis perasmian Projek Hoki 1Mas di Stadium Tun Razak, semalam.

Katanya pasukan negara bawah bimbingan jurulatih, K Rajagobal itu memerlukan sokongan padu dalam pusingan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

“Saya berharap ramai yang akan keluar menyokong pasukan negara dan menaikkan semangat bagi membantu menambah lebih banyak gol,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...