Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/12/10
IMBAS kembali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima cenderamata berupa jersi kebangsaan No.11 daripada Rajagobal pada majlis meraikan kejayaan Kontinjen Sukan SEA Vientiane Laos awal tahun ini.
SEGALA kenangan indah mahu dilupakan pengendali kebangsaan, K Rajagobal ketika bakal mengemudi anak buahnya berdepan Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF Rabu ini dalam ulangan final Sukan Sea Laos tahun lalu.
Tetapi kali ini, ia bakal menjadi lakaran baru sejarah bola sepak negara dengan kejayaan pada perlawanan timbal balik itu akan membuka laluan ke penampilan final pertama sejak 1996.
Jelas Rajagobal tidak menggemari ketika diajukan perbandingan antara dua pertemuan itu dengan dirinya menegaskan ia seharusnya tidak boleh dianggap sebagai kelebihan dari segi psikologi.
“Ia tidak memberikan kelebihan kepada kami secara psikologi. Itu adalah pasukan bawah-23, ini adalah pasukan senior.
“Kita perlu menerima realiti, jika kami memiliki skuad Sukan Sea kami, ia pastinya berbeza. Kami perlu menyempurnakan tugas kami minggu depan menentang Vietnam,” katanya yang pulang ke tanah air malam kelmarin.
Apa yang membingungkan Rajagobal adalah tiga pemainnya yang bergelut menemui tahap kecergasan, penyerang, Safee Sali dan pertahanan, Mohd Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar dilanda demam.
“Saya tidak boleh memberikan perkhabaran mengenai situasi kecederaan kerana hanya akan mengetahui keadaan sebenar apabila turun ke latihan, Sabtu ini (esok),” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.