Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

‘Bukan salah laser’ (Harian Metro Online)

PANCARAN laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia di tangan Malaysia pada final pertama Piala AFF, malam kelmarin tetapi berpunca daripada kesalahan individu pemain.

“Selepas permainan dihentikan dan disambung semula, kami masih bermain bagus. Namun, selepas gol pertama, keadaan seperti melawan kami. Malaysia semakin percayakan diri sendiri manakala pertahanan kami mula kacau,” jurulatih pasukan Indonesia, Alfred Riedl dipetik sebagai berkata dalam Kompas semalam. “Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain selepas gol pertama itu, tetapi itulah titik tolaknya. Saya akan berbincang mengenai perkara itu dengan pemain nanti.” Sebelum terjadinya gol pertama menerusi Mohd Safee Sali pada minit ke-59, permainan sempat dihentikan berikutan bantahan daripada penjaga gol Indonesia, Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu dengan sinar laser yang menyorot wajah mereka Walaupun tidak menyebut nama, tapi Riedl pastinya merujuk kepada pemain pertahanan, Maman Abdurachman yang gagal mengawal kemas Norshahrul Idlan Talaha yang sempat memperdayakan lawan itu di garisan gol sebelum membuat hantaran kepada Mohd Safee untuk gol pertama.

Selepas gol pertama itu, pemain Indonesia mula hilang konsentrasi sehingga membolehkan dua gol lagi dijaringkan menerusi Mohd Safee dan Ashaari Samsudin.

“Mengapa mereka kehilangan tumpuan seperti itu, saya tidak tahu,” katanya.

Riedl belum pasti sama ada permainan yang dihentikan lima minit akibat laser ikut membuatkan konsentrasi pemainnya longgar. Namun, seberapa buruk akibatnya terhadap fokus pemain, Riedl juga tidak dapat amemberikan kepastian.

”Laser memang sesuatu yang buruk, semoga tidak ada lagi seperti itu.” Riedl menegaskan, kekalahan ini juga membuatnya bingung kerana pada babak pertama, kedua-dua pasukan bermain seimbang dalam menciptakan peluang gol mahupun penguasaan bola. Bahkan, pada awal babak kedua, Indonesia memiliki dua peluang baik untuk mencipta gol.

”Tapi selepas bolos satu gol, pemain tuan rumah menjadi lebih percayakan diri dan pemain bertahan kami seperti kebingungan,” katanya.

Mengenai gangguan publisiti terhadap pemain pasukan kebangsaan negara itu dalam beberapa hari terakhir ini, Riedl menilai situasi itu sangat mengganggu. ”Bukan hanya media, tapi juga PSSI (Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia) dan masyarakat. Sebenarnya itu tidak perlu. Terlalu berlebihan. Apa yang terjadi dalam beberapa hari terakhir di Jakarta sangat buruk,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...