Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

Ayuh! Benam Vietnam (Harian Metro Online)

Oleh Lokman Zainal Abidin

MEMBARA...Safee (kiri) ‘diasak’    rakan sepasukan   ketika sesi latihan terakhir di Stadium Nasional, semalam.
MEMBARA...Safee (kiri) ‘diasak’ rakan sepasukan ketika sesi latihan terakhir di Stadium Nasional, semalam.

SEPANJANG pembabitannya bersama skuad kebangsaan, Safee Sali baru sekali mengecapi manisnya kejayaan selaku juara Pestabola Merdeka edisi ke-40.

Kini, penyerang Selangor itu mahu menambah gelaran Piala Suzuki AFF dalam koleksinya.

“Tiada sebab kami tidak boleh menang. Kami punya pemain muda berbakat. Suasana dalam pasukan juga semakin baik dan saya yakin kami mampu melangkah ke final sekali gus menjuarai kejohanan kali ini. Tetapi sebelum itu, kami perlu jinakkan Vietnam di separuh akhir,” katanya.

Malaysia yang muncul naib juara Kumpulan A akan bertemu juara bertahan, Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini sebelum mengharungi perlawanan kedua di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi, Sabtu ini.

Safee tidak beraksi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang, 7 Disember lalu akibat kecederaan betis tetapi kecederaan itu sudah pulih dan dia bersedia kembali menyarung jersi negara andai diturunkan jurulatih, K Rajagobal.

“Kesakitan itu tidak lagi dirasai ketika menjalani latihan. Saya tidak sabar beraksi dan mempersembahkan permainan terbaik untuk layak ke final,” kata Safee.

Ditanya mengenai satu lagi separuh akhir yang menemukan Indonesia serta Filipina di Stadium Gelora Bung Karno, Jakart malam esok, Safee percaya Indonesia bakal muncul pemenang dan melangkah ke perlawanan akhir - lawan yang ingin ditemui Safee di kemuncak kejohanan itu.

Safee serta semua pemain skuad kendalian Rajagobal itu diaib Indonesia 1-5 pada perlawanan pembukaan, 1 Disember lalu justeru membuatkan mereka menaruh dendam peribadi ke atas skuad bimbingan jurulatih Alfred Riedl itu.

Di atas kertas, Indonesia dilihat pasukan paling kuat selepas skuad pilihan seperti Thailand dan Singapura tersingkir di peringkat kumpulan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...