Katanya, sekalipun tewas, skuad negara memberikan persembahan membanggakan apabila berjaya menyekat rangkaian serangan Jepun mencipta jaringan besar.
“Saya tidak mahu kata kita sudah terkeluar daripada saingan. Kami menang sekali tetapi kalah hari ini. Ini bermakna, jika China menang, kedudukan mata sama.
“Semuanya akan ditentukan Sabtu ini apabila kita berdepan mereka. Saya akui ini perlawanan hidup mati dan pastinya selepas memberikan tentangan menarik, kami tidak mahu pulang awal,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui kesukaran menentang tuan rumah itu yang pasti mendapat sokongan padu penyokongnya.
“Mereka mahukan kemenangan mutlak untuk mara ke pusingan kedua, begitu juga Malaysia. Kelebihan bagaimanapun memihak pada mereka kerana beraksi selaku tuan rumah.
“Namun, saya dan juga kawan-kawan lain tidak mahu mengaku kalah sebelum berperang. Kami bertekad akan memberikan aksi lebih baik lagi,” tegasnya.
Dia akui dua gol dijaringkan Jepun hasil kesilapan yang tidak patut dilakukan.
“Pemain pertahanan gagal mengeluarkan bola keluar dalam kotak penalti dengan selamat. Kesempatan itu direbut Jepun untuk menjaringkan gol,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.