Oleh : Blog Bola Sepak, http://e-bolasepak.blogspot.com
Akhirnya cabaran Malaysia dalam saingan bola sepak di sukan asia berakhir. Malaysia tewas 3-1 kepada lawan yang nyata lebih mantap iaitu Iran. Iran dilihat menguasai keseluruhan permainan, namun pujian juga harus diberi kepada kesebelasan utama Malaysia yang turun pada malam ini. Anak-anak muda Malaysia menunjukkan daya saing dan semangat juang yang tinggi dan jika semangat ini dikekalkan sudah pasti negara kita akan dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi nanti.
Setinggi-tinggi pujian kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi yang berkerja keras dari awal permainan lagi. Pemain yang berusia 21 tahun ini membuktikan bahawa beliau memang layak bergelar penjaga gol terbaik negara setakat ini. Persembahannya patut dipuji kerana berjaya menyekat beberapa percubaan tepat kearah pintu gol oleh pemain-pemain Iran yang nyata ghairah untuk menjaringkan gol.
Di minit-minit akhir permainan Malaysia mula menunjukkan daya saing dengan melakukan beberapa serangan. Akhirnya Malaysia mendapat penalti pada minit ke-85 akibat kekasaran pemain Iran terhadap ketua pasukan Norshahrul Idlam Talaha. Sepakan penelit tersebut disempurnakan sendiri oleh Norshahrul dengan rembatan sempurna.
Tahniah kepada Skuad Bola Sepak Malaysia, walaupun tewas tapi tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.