SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) musim ini telah melabuhkan tirainya pada 30 Oktober lalu setelah ia disingkap secara rasmi pada 9 Januari 2010.
Yang jelas, tiada dominasi daripada pasukan pilihan dengan Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor boleh disifatkan sebagai kuasa besar bola sepak negara buat masa ini.
Piala Malaysia sah menjadi milik Kelantan, Piala FA dirangkul Negeri Sembilan manakala trofi Liga Super berada dalam dakapan Selangor.
Gelaran juara Liga Perdana pula milik pasukan berstatus kelab, Felda United, Sime Darby merangkul trofi Liga FAM manakala Piala Presiden milik Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Ia sama sekali jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada tiga musim sebelum ini yang melihat dominasi Kedah (2007 dan 2008) serta Selangor tahun 2009.
Namun, jika dibuat penilaian, koleksi trofi yang dimiliki Selangor musim ini masih lebih berbanding Kelantan dan Negeri Sembilan.
Ini kerana mereka turut berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi pembuka tirai (perlawa- nan sumbangsih) musim ini.
KELANTAN
Paling mencuri tumpuan pada saingan musim ini pasti Kelantan yang akhirnya melakar sejarah muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama selepas 89 tahun sejak kejohanan itu bermula pada 1921.
Detik 30 Oktober lalu akan diingati sampai bila- bila oleh para penyokong The Red Warriors setelah Kelantan bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan di pentas final Piala Malaysia edisi ke-84.
Tidak salah jika dilabel skuad bimbi- ngan jurulatih B. Sathianathan ini sebagai pasukan paling konsisten sepan- jang musim ini biarpun mereka sekadar bergelar naib juara Liga Super dan terkandas pada pusingan kedua Piala FA.
Untuk rekod, Kelantan hanya tumbang dua kali sepanjang 39 perlawa- nan yang diharungi mereka musim ini – tewas 0-1 kepada Kedah dalam aksi Liga Super di awal musim dan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan pada pembukaan Piala Malaysia.
Namun, keputusan seri seakan-akan menjadi badi kepada Kelantan apabila mereka seri sebanyak lapan kali untuk sekadar berpuas hati di tangga kedua Liga Super – empat mata di belakang juara, Selangor.
Nama-nama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Farisham Ismail, Badhri Radzi, Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad, Norshahrul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar jelas menjadi nadi utama ke arah kejayaan Kelantan musim ini.
NEGERI SEMBILAN
Jika dicari pasukan manakah yang boleh dilabel sebagai pakar saingan kalah mati, ia sudah tentu akan menjadi milik Negeri Sembilan yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan.
Tewas 1-2 kepada Selangor pada perlawanan sumbangsih seakan-akan memberi petanda bahawa Negeri Sembilan akan mengharungi musim malap kali ini setelah berjaya menjulang Piala Malaysia musim lalu.
Namun, Negeri Sembilan membukti- kan mereka pakar dalam saingan kalah mati apabila berjaya membalas dendam terhadap Selangor pada aksi separuh akhir Piala FA sebelum layak ke final menerusi bantuan ‘tangan Tuhan’ pemain pertahanannya, Shukor Adan.
Pada aksi final Piala FA, Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan selepas 120 minit permainan termasuk masa tambahan berakhir dengan kedudukan 1-1.
Namun selepas itu, prestasi Negeri Sembilan kembali terumbang-ambing pada saingan Liga Super sehingga menyebabkan mereka sekadar menamatkan saingan di tangga keenam di belakang Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor FC dan Kedah.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan seperti biasa kembali cemerlang pada saingan kalah mati apabila berjaya mara ke final Piala Malaysia sebelum tumbang kepada Kelantan.
Pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Radzak, Sani Anuar Kamsani, Shukor, Rezal Zambery Yahya, Idris Karim, S. Kunanlan dan Shahurain Abu Samah jelas merupakan tonggak utama Negeri Sembilan musim ini.
SELANGOR
Skuad Selangor gah mempertahankan dua kejuaraan yang mereka menangi musim lalu iaitu Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah. Namun, Piala FA terlepas daripada genggaman mereka.
Bagaimanapun, fokus utama pastinya kepada kegagalan Selangor untuk menjuarai Piala Malaysia setelah kali terakhir meme- nanginya pada 2005 dengan kancah suku akhir terus menjadi badi buat mereka.
Jika musim lalu Selangor tewas menerusi sepakan penalti kepada Terengganu pada suku akhir, musim ini mereka tewas mene- rusi agregat 0-3 kepada Kelantan pula di peringkat yang sama.
Dalam kempen liga, jurulatih Selangor, K. Devan jelas begitu berjaya apabila pasukan bimbingannya itu menerajui tangga teratas Liga Super secara konsisten sejak dari awal musim lagi.
Namun, Devan masih belum cukup bertuah untuk saingan kalah mati apabila Sela- ngor terkandas pada separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Selangor sebagai wakil tunggal negara pada saingan Piala AFC musim ini juga gagal menghadirkan keputusan terbaik apabila mereka terkandas pada saingan pering- kat kumpulan setelah tidak mampu menyai- ngi kelab dari Vietnam dan Indonesia yang ditunjangi pemain import.
Apa pun, nama-nama seperti Hamsani Ahmad, Khairul Anuar Baharom, Nasriq Baharom, Razman Roslan, P. Gunalan, Amirulhadi Zainal, Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Amri Yahyah dan Safee Sali paling kerap membarisi kesebelasan utama Sela- ngor musim ini.
KEDAH
Pada awal musim, ramai beranggapan bahawa Kedah tidak mampu pergi jauh kerana mereka kurang senang dengan pemilihan Ahmad Yusoff sebagai jurulatih bagi menggantikan Azraai Khor Abdullah yang sinonim dengan kejuaraan treble pada musim 2007 dan 2008.
Namun, Ahmad yang juga bekas kapten skuad kebangsaan membuktikan beliau mampu sebenarnya apabila berjaya membawa Kedah muncul naib juara Piala FA, separuh akhir Piala Malaysia dan tempat kelima Liga Super.
Kedah juga menjadi lubuk penghasilan pemain-pemain kebangsaan apabila nama- nama seperti Sabre Mat Abu, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri dan Faizal Abu Bakar sering menjadi pilihan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal.
JOHOR FC
Tidak salah Johor FC digelar sebagai kelab paling berjaya dalam saingan Liga M kerana tatkala kelab-kelab lain silih berganti ‘tutup kedai’, mereka terus gah memberikan saingan dalam kancah tertinggi bola sepak negara.
Biarpun berjaya menduduki tangga keempat Liga Super, pihak pengurusan Johor FC nampaknya masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sehingga mereka bertindak menamatkan kontrak juru- latih, Ramlan Rashid.
Jelas ia suatu tindakan yang memberi nafas baru kepada Johor FC apabila kehadi- ran jurulatih baru, Azuan Zain berjaya me- nyuntik kebangkitan mereka pada saingan Piala Malaysia sehingga berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas di tangan Negeri Sembilan.
|
|
FELDA UNITED
Hajat Felda United untuk beraksi dalam kempen Liga Super akhirnya terlaksana apabila mereka berjaya muncul juara Liga Perdana musim ini sambil Sabah di tempat kedua untuk turut sama dinaikkan pangkat.
Himpunan pemain-pemain ‘otai’ seperti Zainal Rabin, Naz- rulerwan Makmor, Kaironisam Sahabuddin, Fatrurozi Rozi dan Juzaili Samion masih berguna lagi dengan kejayaan muncul juara setelah mencuba beberapa musim.
Namun, sedikit mengecewakan apabila skuad bimbingan E. Elavarasan itu seakan sudah berpuas hati dengan sasaran layak ke Liga Super itu apabila mereka sekadar mengutip satu mata untuk menduduki tangga tercorot Kumpulan D dalam saingan Piala Malaysia.
SIME DARBY
Dalam kelesuan pasukan berstatus kelab, Sime Darby muncul kelab terbaru yang menyertai saingan Liga M dengan misi untuk melonjak naik ke Liga Perdana dan juga Liga Super dalam tempoh terdekat.
Ternyata usaha mereka itu kini di landasan yang tepat apabila Sime Darby berjaya muncul juara Liga FAM seterusnya dinaikkan pangkat beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan.
Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria pasti akan mencari beberapa pemain baru untuk membawa cabaran lebih besar dalam saingan Liga Perdana 2011 bagi memastikan hajat meletakkan kelab itu beraksi pada Liga Super 2012 tercapai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.