Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Percaturan terakhir (Berita Harian)

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/10/30

pix_gal0

Wan Jamak, Sathianathan pasang strategi ampuh hadapi final

DI ANTARA dua pe­­ngen­­­­dali, Wan Ja­­mak Wan Hassan dan B Sathianathan, ma­­sing-ma­­sing mempunyai percaturan terakhir untuk menewaskan lawan masing-masing apabila Negeri Sembilan bertemu Kelantan di pentas final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Kedua-duanya kehilangan tonggak tetapi mereka masih mampu menurunkan kesebelasan utama yang mantap bagi memenuhi impian puluhan ribu pe­­nyokong setia masing-masing.
Kelantan, yang dikecewakan Negeri Sembilan di pentas yang sama musim lalu, kali ini turun sebagai pasukan tuan rumah tetapi perlu mencari semangat sama seperti di Stadium Sultan Muhammed IV untuk berdepan Negeri Sembilan yang masih segar dengan kejayaan 3-1 musim lalu, malah turun dengan reputasi juara Piala FA musim ini.

Wan Jamak kehilangan ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya dan Zaquan Adha Abd Radzak yang masih cedera tetapi Sathianathan juga kehilangan Azizi Mat Rose dan S Subramaniam.

“Saya tidak lihat mereka memiliki masalah di bahagian serangan kerana mereka menjaringkan gol dalam (hampir) setiap perlawanan. Shukor (Adan) menjaringkan gol, Aidil (Zafuan) pun menjaringkan gol,” katanya.

Sejak kejayaan 3-1 pada final tahun lalu, kedua-dua pasukan bertemu empat kali dengan Kelantan memenangi kedua-dua pertemuan dalam Liga Super manakala Negeri Sembilan menang sekali dan seri sekali dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia ini.
“Daripada final tahun lalu, kami belajar untuk memperkuatkan pasukan. Kami sudah belajar daripada pengalaman. Kami bukan pasukan yang hanya boleh beraksi 20 minit pertama. Kini masa kami menunjukkan apa yang sudah kami pelajari,” kata Sathianathan.

Dengan 60,000 tiket sudah habis dijual, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 15,000 lagi untuk dijual di Stadium Nasional bermula jam 9 pagi ini..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...