Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 17, 2010

'Pemain gugup' (Berita Harian)

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/10/17

pix_gal0
DARAH gemuruh seakan menyelinap masuk ke dalam pemain Selangor menyaksikan mereka gagal menampilkan permainan sebenar mereka ketika dibayangi barisan The Red Warriors yang jelas bersemangat beraksi di hadapan ribuan penyokong mereka.

Hanya dengan kemasukan pemain gantian pada babak kedua, menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat diuji buat kali pertama oleh percubaan Rudie Ramli pada minit ke-59.

Penjaga gol kebangsaan itu membuktikan mengapa dirinya diangkat sebagai pengganti Mohd Sharbinee Allawee dalam skuad kebangsaan apabila menafikan sekurang-kurangnya tiga usaha Selangor untuk menembusi kubunya.

Jurulatih Selangor, K. Devan, mengakui pemainnya begitu gugup ketika berdepan dengan penyokong kapasiti penuh Stadium Sultan Muhd IV ketika penyokong Selangor mengambil keputusan untuk tidak bertandang ke Kota Bharu.

“Pemain mereka berhak menang kerana beraksi dengan baik di depan 30,000 penyokong sendiri. Pemain saya begitu mengecewakan. Ada di antara mereka hilang punca di atas padang.

“Pertahanan Selangor begitu longgar. Pemain mengambil terlalu banyak masa untuk menemui rentak, dan pada separuh masa, ia sudah terlambat.

“Saya menyalahkan mereka gagal menampilkan keupayaan sebenar mereka,” katanya sambil menambah akan melakukan rombakan kecil bagi menghadapi musim depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...