KEDAH yakin mencapai kemenangan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, Kota Bharu, malam esok, walaupun Red Warriors dilihat memiliki kelebihan sebagai tuan rumah.
Jurulatih Kedah, Ahmad Yusuf berkata berdasarkan rekod perlawanan Kedah menentang Kelantan dalam Piala FA yang lalu, pasukannya mampu mempertahankan kemenangan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kedah, sekali gus layak ke perlawanan akhir.
Katanya, ini ditambah lagi dengan kembalinya dua tonggak utama Khairul Helmi Johari dan Mohd Sabre Abu yang digantung dalam perlawanan separuh akhir pertama kelmarin, akan memantapkan lagi jentera pasukan itu dalam usaha memburu kemenangan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.