Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 7, 2010

Wenger anggap Shawcross kejam (Berita Harian)

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan komennya mengenai pemain pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross yang membuat rempuhan kasar sehingga pemain tengah, Aaron Ramsey patah kaki dalam saingan Liga Perdana Inggeris, minggu lalu.

Dia menyifatkan kelakuan Shawcross ke atas pemain berusia 19 tahun dari Wales itu sebagai kejam dan tidak langsung dapat diterima.

Apabila ditanya reaksinya, Wenger berkata: “Saya tetap dengan pendirian saya. Saya tahu apa sebenarnya berlaku sepanjang minggu lalu dan ia mudah diramalkan. Adakah ini permainan bola sepak atau perkara yang lain?”

“Saya tidak faham kenapa orang lain mahu mencari masalah dengan kami. Saya tiada masalah dengan itu. Saya komited kepada permainan Inggeris.”

Ramsey yang membuat 29 kemunculan dalam semua kejohanan untuk Arsenal musim ini bercakap buat pertama kali mengenai rempuhan kasar itu menerusi laman web.

“Ia sukar untuk menerima segalanya pada saat ini. Saya berasa seperti sedang meningkat maju setiap saat. Saya berasa seperti sedang meningkat musim ini dan kejadian ini amat mengecewakan saya,” katanya.

Apapun, Wenger berkata dia tidak mahu rempuhan dilarang dan memberi penjelasan: “Saya suka kepada rempuhan secara teknikal yang hebat seperti mana umpanan yang kreatif.” - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...