Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 2, 2010

Owen kecewa sikap Capello (Berita Harian)


AKSI Michael Owen

LONDON: Michael Owen - buat pertama kali - membayangkan betapa kecewa dirinya apabila gagal diberi tempat sewajarnya oleh pengurus England, Fabio Capello bagi aksi Piala Dunia 2010.

Owen acap kali diketepikan Capello sejak jurulatih Itali itu mengambil alih tugas dan sekali lagi terpaksa duduk di depan televisyen di Cheshire apabila England menentang Mesir pada pemanas badan Piala Dunia, esok.

Untuk hampir dua tahun Owen memendam rasa berkaitan tugasan antarabangsa tetapi kecewa itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi selepas membantu Manchester United menewaskan Aston Villa 2-1 untuk menjuarai Piala Liga, kelmarin.

Selepas hampir semusim bersama United juga sebagai pengisi kekosongan, Owen diberi peluang yang jarang diperolehnya sebelum ini apabila turun terlebih dulu berbanding Wayne Rooney di Wembley.

Dia menegaskan tidak kesal berpindah ke Old Trafford untuk memanjangkan kerjaya bola sepak pada tahap tertinggi.

“Ia tidak sukar untuk menerima peranan saya di sini. Saya mahu beraksi secara kerap tetapi Rooney berada tahap lebih tinggi ketika ini. Saya perlu lebih gigih.

“Daripada jumlah 43 perlawanan kami tahun ini saya sudah terbabit 42 kali,” kata Owen.

Dia kelihatan begitu bersungguh-sungguh merebut peluang kembali ke skuad England selepas menjaringkan gol penyamaan pasukan minit ke-13 selepas Villa mendahului menerusi gol James Milner hasil sepakan penalti.

Capello jelas tersepit menyentuh soal Owen apabila berkata: “Sudah banyak kali saya katakan, sukar untuk bercakap mengenainya atau mencari kata-kata yang sesuai kerana sekali tersilap cakap pasti ia akan menjadi tajuk utama muka belakang. Jika saya luahkan apa yang saya rasa atau apa yang saya fikirkan mengenai England.... saya pasti menipu anda.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...