MADRID - Pemain antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo menawarkan bantuan kepada Pulau Madeira, tempat kelahirannya yang dilanda banjir sehingga meragut sekurang-kurangnya 42 nyawa.
"Di sanalah saya membesar dan keluarga saya tinggal.
"Saya tidak dapat mempercayai apa yang saya tonton di televisyen. Saya mahu membantu dalam sebarang cara yang terdaya," kata Ronaldo kepada laman web Real Madrid, www.realmadrid.com, kelmarin selepas kemenangan La Liga pasukannya, 6-2 ke atas Villarreal.
Selepas menjaringkan gol pembukaan di Bernabeu, Ronaldo mengangkat bajunya untuk menayangkan satu anak baju dengan Madeira tertulis padanya. - Reuters
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.