|
|
LONDON - Steven Gerrard telah menempa sejarah baru dalam bola sepak Britain.
Kapten Liverpool itu kini muncul penjaring terbanyak Britain di pentas Eropah, sekali gus mengatasi rekod bekas penyerang skuad kebangsaan England, Alan Shearer apabila merekodkan 33 gol.
Awal pagi semalam, Gerrard menyumbang satu gol bagi membantu Liverpool membenam kelab Romania, Unirea Urziceni 3-1 pada aksi kedua pusingan kedua Liga Europa.
Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool mara ke pusingan ketiga dengan agregat 4-1 selepas skuad The Reds itu menang 1-0 pada aksi pertama di Anfield minggu lalu.
"Liverpool adalah sebuah kelab bersejarah yang mencatat banyak rekod dalam bola sepak.
"Jadi untuk mendapat pengiktirafan seperti ini telah memberi suntikan semangat baru baginya (Gerrard) dan ia sangat penting bagi Liverpool juga," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
Gerrard pula berkata: "Memang puas apabila berjaya memecahkan rekod tetapi apa yang penting ialah kami mara ke pusingan seterusnya.
"Saya telah berusaha keras untuk menjaringkan banyak gol."
Kejayaan dengan agregat 4-1 itu menyaksikan skuad The Reds akan berdepan kelab Perancis, Lille pada pusingan ketiga bulan depan.
Pada aksi semalam, Liverpool ketinggalan 0-1 hasil jari- ngan Bruno Fernandez pada minit ke-19.
Bagaimanapun, anak-anak buah Benitez bangkit menerusi jaringan Javier Mascherano, Ryan Babel dan Gerrard. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.