|
|
PRESTON, England - Carlo Ancelotti berjanji akan menghadiahkan kejayaan dengan mencatat kemenangan bergaya apabila Chelsea menentang kelab kerdil, Preston North End, pada saingan Piala FA, hari ini.
Kedua-dua kelab bersaing untuk layak ke pusingan kelima Piala FA dan bagi Preston, ia merupakan peluang bagi mereka untuk menghasilkan satu memori paling bersejarah kelab itu.
Ancelotti pula memburu lebih daripada kemenangan tipis, selepas mengekalkan kecemerlangan seperti yang ditunjukkan ketika menumbangkan Sunderland 7-2, sebelum ini.
Kejayaan tersebut datang sejurus mereka membenam satu lagi pasukan kelas divisyen, Watford, 5-0 dalam pusingan ketiga kejuaraan itu.
Bagaimanapun, berdepan Chelsea belum cukup untuk menggerunkan North End, selepas teraju liga diambil alih oleh Arsenal.
Skuad Arsene Wenger, kini di tangga teratas berdasarkan kelebihan jaringan selepas menumpaskan Bolton 4-2.
Ketika Chelsea kurang satu perlawanan berbanding musuh mereka di London itu, perubahan kedudukan itu pasti merancakkan lagi saingan kejuaraan.
Ancelotti kini pasti mahu menambah keyakinan untuk meraih kejayaan, seperti mana yang mereka lakukan di tempat sendiri ke atas Fulham, hujung Disember lalu yang berjaya melonjakkan Chelsea.
Jurulatih dari Itali itu, sekali lagi kehilangan bintang Afrika, Didier Drogba yang masih beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika, sementara Michael Essien, dari Ghana, sudah kembali ke kelab bagi menjalani rawatan buku lali.
Dua belas gol yang dijaringkan dalam dua perlawanan, menunjukkan Drogba semakin dilupakan, sebaliknya gandingan Daniel Sturridge dan Nicolas Anelka mengisi ketiadaan pemain Ivory Coast itu.
Ashley Cole dan John Terry juga akan kembali beraksi setelah terpaksa dikeluarkan, pada separuh masa kedua ketika menentang Sunderland.
Terry dijangka akan mempamerkan permainan fizikal di Deepdale, apabila dia akan menyekat penyerang bertubuh sasa Preston, Jon Parkin.
Parkin, akan mengetuai jentera serangan Preston, pada perlawanan yang menandakan aksi kedua di bawah pengurus baru, Darren Ferguson.
Darren Ferguson merupakan anak bos Manchester United, membawa pasukannya menumbangkan Leeds United, disusuli Manchester United pada pusingan ketiga.
Darren Ferguson berjaya mencari formula untuk membuat kejutan, namun, dia enggan mengakui kejayaan tersebut.
"Saya tidak tahu bagaimana kami mampu mengalahkan dia (Chelsea), cuba anda beri tahu pada saya.
''Kami berwaspada betapa bagusnya Chelsea, pasukan dan prestasi mereka minggu lalu benar-benar menakjubkan.
"Ia merupakan satu kenyataan, jika kami berada pada tahap maksimum dan mereka pula tidak, kami akan mempunyai satu peluang. ''Itu yang kami harap berlaku pada perlawanan itu nanti.
"Perlawanan pertama di gelanggang sendiri yang saya terajui buat pertama kali, tidak begitu susah.
''Saya harap orang akan berkata, tiada apa yang kami kalah jika berusaha dan cuba untuk memenanginya,'' katanya.
"Kejayaan mampu memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada skuad. '
''Kami mungkin sedikit kerdil, namun besar dari segi semangat.
''Jika kami mendapat hasil yang betul, saya yakin kami mampu bersaing," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.