Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 3, 2009

Bola Sepak Sukan Sea: Malaysia 11 Timor Leste 0

Malaysia Thrash Timor Leste 11-0 To Open Sea Games Campaign In Style (BERNAMA)

KUALA LUMPUR, Dec 2 (Bernama) -- Malaysia thrashed Timor Leste 11-0 in a men's group A match to open their Laos Sea Games campaign in style at the National Stadium in Vientiane, on Wednesday.

According to the official games website, www.laoseagames.2009, striker Ahmad Fakri Saarani led rout with a hat trick, while fellow striker Norshahrul Idlan Talaha struck twice.

Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim and Aidil Zafuan Abdul Razak contributed a goal each to enable Malaysia to score their biggest victory in the history of the Games.

Malaysia's second match will be against Vietnam on Sunday, Cambodia on Dec 8 and defending champions Thailand on Dec 11.

All matches will be played at the National Stadium, except the match against Cambodia, which will be played at the Chao Anouvong Stadium.

Group B comprise host Laos, Myanmar, Singapore and Indonesia.

-- BERNAMA

___________________________________________________________________

Laos kena belasah (Utusan Malaysia Online)


Ahmad Fakri Saarani berjaya mencatat hatrik untuk membantu negara membelasah Timor Leste 11-0 pada perlawanan pembukaan Sukan SEA XXV, di Laos semalam.


KUALA LUMPUR – Skuad kebangsaan bukan sahaja mendapat tiga mata penuh yang dihajatkan, tetapi turut berpesta gol apabila membelasah Timor Leste 11-0 pada perlawanan pembukaan acara bola sepak Sukan Sea XXV Laos di Stadium Nasional di Vientiane, semalam.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, juara bertahan Thailand dan Vietnam seri 1-1.

Penyerang dari Perlis, Ahmad Fakri Saarani muncul penjaring terbanyak ketika menentang pasukan di ranking ke-200 dunia itu apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-41, ke-71 dan ke-77.

Norshahrul Idlan Talaha turut meledak dengan dua gol, masing-masing pada minit ketiga dan ke-30.

Enam lagi gol masing-masing dijaringkan oleh Zaquan Adha Abdul Razak (m-15), Baddrol Baktiar (m-12), Amirulhadi Zainal (m-88), Amar Rohidan (m-90), Safiq Rahim (m-28) dan ketua pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak (m-58).

Lebih membanggakan sebelas gol tanpa balas yang dicatatkan semalam merupakan rekod baru jaringan terbesar dalam acara bola sepak di peringkat Sukan SEA.

Jaringan terbesar acara bola sepak pada Sukan SEA sebelum ini dicatatkan oleh Indonesia yang membelasah Kemboja 10-0 pada Sukan SEA 1995 di Thailand.

Lain-lain perlawanan yang berakhir dengan jaringan besar dalam acara bola sepak pada SEA ialah sembilan gol tanpa balas yang dicatatkan Indonesia ke atas Brunei (Sukan SEA 2001, Kuala Lumpur).

Thailand mengalahkan Filipina dan Vietnam mengalahkan Laos dengan jumlah gol yang sama pada Sukan SEA 1999 di Brunei.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad menyambut baik kemenangan besar skuad negara.

Namun, beliau berkata, para pemain tidak seharusnya terlalu terpengaruh dengan jumlah gol yang dijaringkan ke atas Timor Leste kerana ada tugasan lebih besar menanti, iaitu menentang Vietnam Ahad ini.

“Kemenangan besar ke atas Timor Leste ini mungkin didorong oleh semangat pemain yang mahu melepaskan geram akibat penerbangan ke Laos yang tertunda kelmarin.

“Secara peribadinya, bagi saya kemenangan ini adalah satu permulaan baik. Walaupun menang ke atas pasukan bukan pilihan, tetapi kita harus ingat bahawa pasukan lawan juga membuat persiapan yang baik untuk menyertai kejohanan ini.

“Saya harap pemain tidak hilang tumpuan dengan kemenangan besar ini, kerana saya bimbang jika kita tidak berjaga-jaga dan terus gah dengan margin gol yang besar ke atas Timor Leste, padah menanti kita pada perlawanan seterusnya,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Ahad ini, Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, kecuali perlawanan menentang Kemboja yang akan diadakan di Stadium Chao Anouvong.

Kumpulan B terdiri daripada tuan rumah Laos, Myanmar, Singapura dan Indonesia.

Kali terakhir kita memenangi emas Sukan SEA pada 1989 di Kuala Lumpur tetapi kempunan sebarang pingat pada Sukan SEA Korat 2007.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...