Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 29, 2009

Serena bermula garang (Berita Harian Online)




SERENA tewaskan Kuznetsova untuk menang 7-6 (6), 7-5 dalam saingan peringkat kumpulan, kejohanan tenis wanita Sony Ericsson di Doha, kelmarin.

Venus, Jankovic tewas dalam saingan peringkat kumpulan

DOHA: Serena Williams mengatasi cabaran daripada Svetlana Kuznetsova untuk menang 7-6 (6), 7-5 dalam saingan peringkat kumpulan, kejohanan tenis wanita Sony Ericsson kelmarin - memperbaiki peluang menamatkan tahun ini selaku pemain nombor satu dunia.

Jaguh dari Amerika Syarikat itu melakukan servis dua mata akhir dalam tie-break di sebalik kesakitan pergelangan kaki kanan dan meletakkan dirinya pada kedudukan 6-5 dalam set kedua sebelum menamatkan perlawanan.


“Saya memang mahukannya untuk diri saya,” kata Serena. “Saya bermain seperti biasa dan tenang.”

Ia memberi dirinya perkongsian pendahuluan dalam Kumpulan Merah bersama Elena Dementieva, yang bangkit daripada satu set untuk mengalahkan juara bertahan, Venus Williams 3-6, 7-6 (6), 6-2.

Victoria Azarenka melakukan permulaan pertama dalam kejohanan ini dengan mengejutkan Jelena Jankovic 6-2, 6-3 untuk mengetuai Kumpulan Putih.

Kejohanan ini menampilkan lapan pemain terbaik wanita dunia dengan dua pemain teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir. Pilihan pertama Dinara Safina dan pemain keempat, Caroline Wozniacki turun beraksi lewat malam tadi. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...