Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

Beckham bakal dapat anak (Berita Harian Online)

2011/01/11

BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat.
BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat.

Victoria harap timang anak perempuan pula

LONDON: Pemain bola sepak terkenal Britain, David Beckham bakal menimang cahaya mata keempat tahun ini dan isterinya, Victoria berharap anak dalam kandungannya perempuan kerana sudah mempunyai tiga anak lelaki.

Satu sumber mendedahkan suasana ceria ketika Victoria pulang ke rumah keluarganya bagi memberitahu perkara itu.

“Victoria tersenyum lebar ketika pulang menemui ibu bapanya. Mereka berpelukan dan menitiskan air mata. Dia meminta adik perempuannya, Louise, memberinya pakaian bayi,” kata sumber itu kepada akhbar The Sun.

Pasangan selebriti terkenal itu berkahwin pada 1999 dan sudah mempunyai tiga cahaya mata, Brooklyn 11, Romeo, 8, dan Cruz, 5.

Beckham menyiarkan berita gembira itu di laman Facebook dan menceritakan perasaan gembira tiga anak lelakinya menerima kedatangan orang baru.

“Saya ada berita gembira untuk semua. Saya dan Victoria bakal menimang cahaya mata keempat musim panas ini. Tiga anak lelaki saya sangat gembira dengan kedatangan adik lelaki atau perempuan mereka,” tulisnya.
Akhbar The Sun menyifatkan berita itu mengejutkan peminat mereka kerana Victoria tidak menunjukkan sebarang tanda mengandung baru-baru ini.

“Beberapa minggu lalu, Victoria muncul bersama Beckham dalam majlis anugerah personaliti tahun ini tajaan BBC Sports dan perutnya biasa saja,” kata The Sun.

Beckham sudah bermain 115 perlawanan untuk England dan dilantik sebagai kapten pasukan negara dari 2000 hingga 2006.

Beliau bermain untuk Manchester United dan Real Madrid sebelum menyertai kelab utama bola sepak Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy pada 2007. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena