Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

Tiada sebab untuk takut: Raja (Berita Harian Online)

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/12/14

"Pujian seharusnya diberikan kepada pemain. Apabila pemain berada pada peringkat umur ini mereka memiliki banyak ruang untuk peningkatan" - K Rajagobal, Jurulatih Malaysia.
"Pujian seharusnya diberikan kepada pemain. Apabila pemain berada pada peringkat umur ini mereka memiliki banyak ruang untuk peningkatan" - K Rajagobal, Jurulatih Malaysia.

'Nikmatilah perlawanan ini'

"KIKIS segera sikap takut!" Itulah bunyi teguran keras K Rajagobal kepada setiap anak didiknya menjelang pertemuan getir menentang Vietnam dalam saingan separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF, esok.

Pengendali itu menekankan betapa perlu sifat berjuang tinggi ditonjolkan di halaman sendiri sambil menikmati perlawanan tanpa sebarang perasaan gementar, sebaliknya biarkan lawan merasai tekanan itu.

“Mereka (pemain negara) perlu turun dan menikmati perlawanan menentang Vietnam. Tiada apa yang perlu ditakuti. Mereka perlu menggunakan kesempatan penuh beraksi pada peringkat ini.

“Kami tahu kualiti milik Vietnam. Dua pemain mereka beraksi pada Sukan Sea Laos manakala penjaga gol mereka, jersi 25 (Bui Tan Truong) beraksi ketika mereka muncul juara pada 2008,” katanya.

Jelas sekali, menjelang saingan getir itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil Rajagobal cuba mengendurkan tekanan dirasai anak didiknya dengan menyifatkan mereka sudah melepasi segala jangkaan dalam kemaraan ke separuh akhir bagi edisi kali ini.

Sekali pun tanpa kehadiran ramai pemain senior, ia tidak menjejaskan skuad negara dengan barisan muda membuktikan mereka juga mampu mengambil alih tanggungjawab yang diletakkan pada bahu mereka.
“Sebelum kejohanan, saya perlu mendaftar 30 pemain. Zamani (Misbah) dan Indra Putra (Mahayuddin) sebelum ini berada dalam senarai tetapi saya tidak menjangka senario ini akan berlaku apabila ramai pemain saya dilanda kecederaan.

“Selepas senarai itu dimuktamadkan kepada 22 pemain, saya tidak dapat membuat pertukaran. Pujian seharusnya diberikan kepada pemain. Apabila pemain berada pada peringkat umur ini mereka memiliki banyak ruang untuk peningkatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...