Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 29, 2009

'Saya pastikan Lampard, Terry segar untuk Fabio' (Berita Harian Online)




Frank Lampard dan Carlo Ancelotti (gambar kecil).

LONDON: Carlo Ancelotti melafazkan janji kepada skuad bola sepak England bahawa dia akan menyerahkan dua tonggaknya - John Terry dan Frank Lampard dalam keadaan 'segar dan bersedia' untuk menyahut cabaran Piala Dunia 2010.

Pengurus Chelsea itu difahamkan sudah memberitahu Terry dan Lampard bahawa mereka tidak akan beraksi 60 perlawanan semusim dan ia pasti sesuatu yang lunak bagi pendengaran Fabio Capello.

“Mereka mahu bermain dalam setiap perlawanan, tetapi ada kalanya lebih baik mereka berehat. Pada akhir Mei nanti, John Terry dan Frank Lampard akan berada pada tahap terbaik,” kata pengendali berbangsa Itali itu.


“Mereka akan berdepan satu Piala Dunia yang hebat, terutamanya Lampard yang menagih aksi pada setiap perlawanan, khususnya apabila jaringan kerap menyusul.”

Dia baru menyumbat tiga gol dalam dua perlawanan untuk menamatkan kemarau tanpa jaringan dalam 10 perlawanan.

Ancelotti memberi amaran: “Dia tidak muda lagi (31 tahun) dan anda harus mengekalkan kawalan yang baik.”

Dia menekan kepada aspek badan pemain yang memerlukan tempoh pemulihan dan berasa pemain kebangsaan perlu berehat demi kebaikan mereka.

Lampard sudah pun beraksi dalam 20 perlawanan untuk kelab dan skuad kebangsaan musim ini bermula dengan Perisai Komuniti pada 9 Ogos lalu.

“Bola sepak di England dan Itali berbeza kerana di sini jadual pertandingan adalah padat. Di Itali, liga akan dihentikan untuk dua minggu bagi sambutan Krismas dan Tahun Baru. Lagi pun corak permainan di England amat tinggi manakala di Itali, ia lebih taktikal,” kata Ancelotti. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...