Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Persatuan Bola Sepak Perancis. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Bola Sepak Perancis. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Nostalgia 1998 (Metro Online)

PARIS: Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Perancis dan Brazil awal pagi esok bakal mengembalikan nostalgia Piala Dunia 1998 namun hakikatnya pertemuan itu amat penting buat kedua-dua pasukan menebus kekecewaan aksi buruk kebelakangan ini.

Selepas tersingkir dari Piala Dunia tahun lalu, kedua-dua pasukan berusaha mengekalkan momentum terbaik dalam tempoh beberapa bulan selepas kejohanan itu.


Perancis mempamerkan peningkatan di bawah kendalian Laurent Blanc dengan menamatkan musim 2010 dengan kemenangan 2-1 ke atas England di Wembley. Kemenangan itu di luar jangkaan ketika mereka masih lagi trauma selepas tersingkir di peringkat kumpulan di Afrika Selatan.

Sementara itu, Mano Menezes pula terpaksa menyusun semula pasukan Brazil dengan permainan lebih menyerang sejak mengambil tugas ditinggalkan jurulatih, Dunga.


Pembentukan pasukan itu mungkin masih awal apabila Brazil tumpas 0-1 kepada musuh tradisi Argentina dalam aksi terakhir namun pemain sayap Perancis, Florent Malouda percaya juara lima kali itu berada dalam kelas tersendiri.


“Brazil negara bola sepak yang hebat,” kata Malouda kepada akhbar harian Perancis, L’Equipe.

“Anda hanya perlu melihat berapa ramai pemain bintang Piala Dunia mereka miliki. Kami semestinya mahu menjadi seperti mereka. Untuk kami, mereka adalah penanda aras tahap bola sepak global. Kami akan beraksi untuk mencari kemenangan,” katanya.


Malouda dijangka menjadi watak penting barisan pertahanan Perancis selepas pemain tengah menyerang, Samir Nasri, Franck Ribery dan Mathieu Valbuena mengalami kecederaan.

Blanc yang mengutamakan kestabilan dalam skuad kebangsaan tidak membuat banyak perubahan dalam senarai 23 pemainnya kecuali tidak menyenaraikan Patrice Evra.


Pemain Manchester United itu gagal mengekalkan posisi pertahanan kiri yang kini menjadi milik pemain Barcelona, Eric Abidal dan Blanc menegaskan ketiadaan Evra tidak ada kena mengena dengan tindakannya mengetuai mogok ketika Piala Dunia.


Menezes pula menyenaraikan pemain berpangkalan di Eropah menyisihkan penyerang Santos, Neymar yang baru-baru ini menyinar dalam kejohanan bawah 20 tahun Amerika Selatan di Peru.


Bagi mengukuhkan skuad yang tumpas kepada Belanda di suku akhir Piala Dunia, Brazil mengetepikan Lucio, pemain perancang Real Madrid, Kaka dan penyerang, Luis Fabiano. - AFP

Tuesday, February 8, 2011

Keupayaan Blanc diuji (Metro Online)

PARIS: Perancis bakal menggunakan perlawanan persahabatan menentang Brazil, esok untuk mengukur tahap keupayaan dan kemajuan menentang pasukan terkuat sejak kontroversi melanda pasukan itu pada Piala Dunia lalu.

Pemenang Piala Dunia 1998 itu belum reda daripada kontroversi tersingkir seawal pusingan pertama di Afrika Selatan tapi kini berada pada landasan tepat selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas England November lalu serta beberapa aksi meyakinkan pada pusingan kelayakan Euro 2012.


Jurulatih, Laurent Blanc (gambar) yang tidak dapat beraksi pada pentas final 1998 menentang Brazil selepas dibuang padang pada separuh akhir berkata, anak buahnya kini bersedia mengharungi perlawanan sukar itu.

“Sebagai seorang pemain, tidak banyak peluang diperoleh untuk menentang Brazil sepanjang karier anda.


“Mereka salah satu pasukan terbaik dunia. Pastinya amat sukar kerana Brazil dibarisi ramai pemain hebat. Cara terbaik mengukur tahap keupayaan kami adalah dengan menentang salah satu pasukan hebat,” katanya.


Kali terakhir Perancis bertemu Brazil ketika menang 1-0 pada suku akhir Piala Dunia 2006 dan pasukan kendalian Blanc kini muncul pendahulu Kumpulan D kelayakan Euro 2012 dengan perlawanan seterusnya menentang Luxembourg, 25 Mac ini.

Blanc memilih membariskan beberapa pemain seperti Yoann Gourcuff dari Olympique Lyon, Alou Diarra dari Girondins Bordeaux dan pemain Olympique Marseille, Loic Remy di sebalik aksi kurang meyakinkan trio itu.


“Saya mengenali mereka. Saya tahu mereka mampu memikul tugas ini walaupun gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan sebelum ini.

“Terpulang kepada kami untuk membuktikan mereka boleh diharapkan. Ini yang amat penting sekali gus memberi lebih keyakinan kepada mereka,” katanya.


Blanc turut mengambil keputusan mengetepikan Patrice Evra meskipun pemain itu selesai menjalani hukuman penggantungan lima perlawanan kerana bertindak memimpin pemain lain melakukan pemberontakan ketika Piala Dunia lalu. - Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...