Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Persahabatan Menentang Denmark. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan Menentang Denmark. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Walcott sanjung Capello (Metro Online)

LONDON: Theo Walcott mengakui perbincangan empat mata dengan jurulatih England, Fabio Capello mengenai punca penyingkirannya daripada skuad Piala Dunia memainkan peranan penting dalam membantu kebangkitannya musim ini.

Walcott yang dijangka turun ketika menentang Denmark di Copenhagen awal pagi esok, terkejut apabila mendapat tahu Capello tidak mahu memilihnya untuk mewakili England pada Piala Dunia tahun lalu.


Tetapi pemain sayap Arsenal itu perlu menunggu saat sesuai sebelum boleh kembali merampas tempatnya awal musim ini dan hanya baru-baru ini dia tahu apakah sebabnya dia tidak dipilih tahun lalu.

Walott terkenal dengan sikap malu dan lurus ketika di luar padang tetapi pemain berusia 21 tahun itu mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan pantas menghubungi Capello untuk mengetahui sebab sebenar namanya digugurkan.


“Saya mahu tahu mengapa nama saya tidak dipilih dan mengambil keputusan untuk bertanya kepada beliau selepas kami menjalani latihan,” kata Walcott.


“Kebetulan ia adalah masa yang tepat. Saya menundukkan kepala pada mulanya. Anda sudah tentu tidak mahu bersikap kurang ajar kepada pengurus.

“Saya gembira dengan jawapan yang diberikan. Tetapi ia rahsia kami berdua. Apa yang boleh saya katakan ialah jawapan itu membantu saya untuk bangkit.” Capello pernah mengaku beliau tersilap kerana mengenepikan Walcott dan mungkin apa diberitahu pengendali Itali itu tidak jauh berbeza dengan apa pernah dikatakannya.


Apa saja yang lahir dari mulutnya, berjaya membantu Walcott bangkit daripada kekecewaan dan sudah mempamer aksi mengkagumkan - sama seperti ketika dia dipilih Sven Goran Eriksson untuk mewakili England pada Piala Dunia 2006. - AFP

Monday, February 7, 2011

Walker sertai skuad England (Metro Online)

LONDON: Kyle Walker disenarai jurulatih England, Fabio Capello, untuk mengisi barisan pemain England pada perlawanan persahabatan menentang Denmark minggu ini, selepas pemain pertahanan Tottenham itu mempamerkan aksi memberangsangkan ketika mewakili Aston Villa.

Walker, 20, hanya bermain sebagai pemain gantian untuk jangka masa tiga minit buat Spurs musim ini, namun berjaya menyinar ketika dipinjamkan ke Queens Park Rangers dan kini Villa. - AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...