Oleh Mohd Amin Jalil
2011/01/15
MOHD Farizal Marlias hampir pasti menjadi penjaga gawang nombor satu Negeri Sembilan berbanding Mohd Farizal Harun, selepas dia mengekalkan persembahan mantap sepanjang latihan dan perlawanan persahabatan sejak November lalu.
Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, setakat ini pemain kebangsaan yang juga bekas penjaga gol Perlis itu menunjukkan persembahan meyakinkan dan pasti diberi tugas penting itu apabila saingan Liga Super bermula, 29 Januari ini.
Setakat ini prestasi dan persembahan Mohd Farizal menunjukkan kemajuan memberangsangkan selepas diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan dan kita mengharapkan dia dapat terus mengekalkan prestasi sebaik saingan liga bermula nanti.

Farizal Harun pula masih dibelenggu kecederaan dan dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk pulih dan mencapai tahap terbaik seperti mana, katanya semalam.
Sejak 2008, Farizal Harun adalah penjaga gol utama skuad Hoben Jang Hoben tetapi mulai suku pertama tahun lalu, posisi itu diambil alih Sani Anuar Kamsani selepas Farizal mengalami kecederaan serius.
Selepas Sani beralih arah kepada pasukan MP Muar musim ini, Negeri Sembilan mendapatkan khidmat Farizal Marlias, 24, bagi mengukuhkan benteng terakhir pasukan itu dalam usaha memastikan kejayaan diharapkan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.