KOTA BAHARU, 24 Ogos (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) menjadikan saingan Piala Malaysia 2014 sebagai medan untuk
menilai pemain sama ada akan kekal atau sebaliknya pada musim depan.
Penasihatnya Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sedang melakukan penilaian ke atas pemain dalam kempen Piala Malaysia bagi tujuan memperkuatkan pasukan Kelantan pada musim depan.
"Sama ada pemain akan sambung kontrak atau tidak kita akan lihat bermula dari sekarang.
"Pemain yang tamat kontrak pada tahun ini kita akan nilai sampai habis dan kalau kita berpuas hati, baru surat tawaran akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri dan pelancaran Persatuan Usahawan MARA Kelantan di pejabat MARA di sini, hari ini.
Beliau berkata pendekatan yang akan digunakan untuk mendapatkan khidmat pemain import musim depan juga berlainan dengan beliau sendiri akan turun padang untuk melihat aksi pemain yang bakal dipikat.
Annuar berkata skuad Kelantan pada tahun ini akan menjadi petunjuk untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pasukan terutama di bahagian tengah dan juga pertahanan.
Kelantan kini mempunyai pemain Prince Tagoe dari Ghana, Hussein Ala Salman (Iraq), Mohamed Shawky Aly Mohamed (Mesir) dan Francis Forkey Doe dari Liberia.
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata pihaknya ada menerima surat daripada Prince Tagoe, bekas pemain skuad Piala Dunia Ghana, berkenaan kontraknya.
"Kita ada menerima permohonan Prince Tagoe meminta ditamatkan kontraknya atas sebab-sebab tertentu dan saya telah minta KAFA pertimbangkan," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.