Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, July 11, 2011

Tekad Mat Yo

2011/07/10

pix_gal0
Mahu ukir nama ledak gawang Arsenal, Liverpool

"SAYA mahu cari kepuasan gegar gawang Arsenal dan Liverpool,” kata Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menjelang perlawanan Harimau Malaya menentang kedua-dua kelab Inggeris tersohor itu, minggu depan.

Ketika detik kecewa gagal memenangi Kasut Emas masih terasa, penyerang Kelantan mahu memadamkan episod duka itu dalam perlawanan antarabangsa bermula dengan Arsenal pada 13 Julai ini disusuli Liverpool pada 16 Julai dalam siri Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Apa yang pasti saya akan cuba memberi aksi terbaik, sekali gus menggegar jaring Arsenal dan Liverpool nanti,” kata penyerang yang menghimpun 19 gol dalam Liga Super - kurang satu gol berbanding penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya dalam memenangi anugerah berkenaan.
“Sebelum ini saya juga harap dapat beraksi menentang Chelsea. Tapi impian itu tidak kesampaian kerana skuad senior negara mempunyai tugas lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.”

Mat Yo berkata dia sudah kembali selesa dalam permainannya, tambahan selepas menjaringkan dua gol ketika menewaskan Sabah tempoh hari.

“Saya harap dalam baki tempoh latihan menjelang kedua-dua perlawanan ini, saya dapat menjana semula persefahaman dengan Safee (Sali). Harap kami mampu menyerlah seperti ketika membantu negara menjulang Piala AFF tahun lalu,” katanya.

Dua tahun lalu, Amri Yahyah mencipta gemuruh di Stadium Nasional apabila dua kali menggegar gawang Manchester United sebelum skuad negara kecundang 2-3 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...