am@hmetro.com.my
BIARPUN berada di bawah satu bumbung, skuad T-Team tidak rela memberi laluan mudah kepada juara Piala FA, Terengganu apabila kedua-dua pasukan bertembung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, tiada sebab pemainnya mengambil mudah pertemuan itu kerana Terengganu tentu mahukan tiga mata penuh untuk mengejar kejuaraan liga.
Katanya, semua pemain diarah beraksi bersungguh-sungguh selain tidak memberi ruang kepada lawan melakukan asakan.
“Walaupun kami dianggap pasukan bersaudara dari negeri sama, pemain tetap akan bermain bersungguh-sungguh untuk menambah koleksi mata bagi mengukuhkan kedudukan liga.
“Saya sudah arahkan pemain jangan bagi ruang kepada Terengganu melakukan asakan dan menghasilkan gol kerana T-Team juga ada misi untuk berada dalam kelompok enam pasukan terbaik liga dan seterusnya layak ke Piala Malaysia,” katanya.
----- Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.