KOTA BHARU - “Jaga tertib”. Itu pesanan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemain dan penyokong Red Warriors yang akan bertandang ke Stadium Bukit Jalil bagi saingan Piala FA bertemu Terengganu, malam esok.
Menurutnya, pemain Red Warriors memerlukan sokongan dari peminat tempatan, tetapi sokongan itu perlu bersifat positif dan membina.
“Saya mahu lihat pemain dan penyokong Kelantan jaga moral Islam, tidak membawa mercun dan bersorak dengan baik, moga-moga ia meningkatkan imej Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan imam Singapura di kediaman rasminya, semalam.
Dalam perlawanan esok, dijangka lebih 50,000 penyokong Red Warriors akan bertandang ke Stadium Bukit Jalil, kali kedua selepas tahun 2009.
Ditanya ganjaran yang diberikan Kerajaan Negeri sekiranya mampu membawa Piala FA nanti, Nik Aziz berkata, ”Saya tidak mahu mereka manja sangat”
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fatah Mahmood mengharapkan pemain Red Warrirors berjuang sebaik mungkin bagi membawa balik Piala FA.
“Kita harap pemain memberi persembahan terbaik, kita tidak bincang soal ganjaran kerana selepas ini kita ada lagi Piala Malaysia,“ katanya.
----- Sinar Harian Online

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.