Selepas hampir sebulan berada dalam ‘kampus’, mereka mampu mengikut rentak Veloo dalam usahanya membentuk skuad yang lebih padu berbanding skuad pada musim lalu.
“Daripada pemain luar yang dibawa masuk, Shariman Che Omar (gambar) dan G Jivanathan (Johor FC) mudah menerima tunjuk ajar dan saya yakin kehadiran mereka mampu menyuntik semangat pemain lain,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua pemain itu memiliki pengalaman luas dan sudah mengharungi Liga Super lebih 10 tahun, malah kehadiran mereka dianggap pemangkin kekuatan USM.
“Harapan saya kini mahu melihat USM berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana bagi membolehkan kami bermain dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.
Veloo berkata, Shariman akan dijadikan tonggak kekuatan barisan pertahanan, sesuai dengan pengalamannya sebagai bek skuad Perlis, musim lalu manakala Jivanathan pula penjaga gol utama.
“Kedua-duanya sudah diuji dalam dua perlawanan persahabatan baru-baru ini dan saya berpuas hati pencapaian mereka,” katanya.
Dalam perlawanan persahabatan pertama, USM seri dengan Perlis 0-0 di Kangar dan menang dengan Sinar Dimaja di Lumut, 2-1
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.