Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 17, 2010

Shahzan Muda tekad bangkit (Harian Metro Online)

KEGAGALAN menyertai Liga Perdana musim 2011 tidak bermakna Shahzan Muda tidak mampu bangkit kembali menyertai liga itu.

Jurulatih, Tajuddin Nor berazam memastikan juara Liga Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim 2011 menjadi milik mereka, sekali gus kembali ke Liga Perdana pada 2012.

Bagi mencapai misi itu, beliau mengadakan sesi pemilihan pemain membabitkan lebih 50 pemain dari seluruh Pahang dan negeri lain yang mencuba nasib untuk beraksi dengan kelab itu.

“Saya sudah menyenaraikan 20 pemain iaitu gabungan pemain yang beraksi bersama Shahzan Muda musim ini dan pemain muda.

“Tumpuan utama Shahzan Muda dalam Liga FAM 2011 ialah untuk muncul juara dan kembali ke Liga Perdana musim 2012. Saya tidak dapat menyenaraikan semua pemain muda kerana turut memerlukan khidmat pemain berpengalaman.

“Gandingan pemain senior dan junior diharap membantu memenuhi sasaran selepas aksi tidak konsisten dipersembahkan musim ini hingga terpaksa beraksi di Liga FAM,” katanya.

Tajuddin berkata, liga berkenaan dilapor bermula Februari depan, tetapi segalanya belum jelas.
“Kami tidak menghadapi masalah kerana senarai pemain sudah ada dan menjalani latihan penuh awal tahun depan,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...