PERTEMUAN menentang T-Team pada perlawanan persahabatan di Stadium Darulmakmur, hari ini diharap langkah awal untuk membentuk pasukan mantap menghadapi Liga Malaysia (Liga M), musim depan.
Kapten, Jalauddin Hassan berkata, perlawanan itu yang pertama sejak skuad Pahang menjalani latihan 1 Disember lalu.
Menurutnya, sejak lebih dua minggu bersama, perkembangan positif komitmen dan kerjasama pemain mula dilihat.
“Sebelum ini, kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan. Biarpun menang besar ia belum menguji persediaan pasukan.
“Harap-harap kami mampu menewaskan T-Team bagi meningkatkan moral seluruh pasukan,” katanya.
Pahang yang dikendalikan Dollah Salleh (gambar) mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini dan pengurusan mensasarkan untuk menjulang satu piala musim depan.
“Setakat ini, segalanya berjalan lancar dan saya puas hati dengan komitmen pemain dan kehadiran lima muka baru dalam skuad Pahang juga bakal menyaksikan perubahan dari segi pembentukan pasukan yang lebih bagus,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.