SELEPAS K Rajagobal, kini tiba giliran ketua jurulatih Vietnam, Henrique Calisto meratapi kehilangan pemain tonggaknya, senario paling merugikan menjelang pertemuan separuh akhir pertama kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Calisto tidak punya pilihan selain mengharapkan jenteranya menterjemah aksi seperti yang beliau inginkan untuk mengekang pemain Malaysia selepas Nguyen Troang Hoang dilayangkan kad merah ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Singapura manakala Phan Van Tai Em, Huynh Quang Thanh serta Doan Viet Cuong pula mengalami kecederaan serius.
Beliau kini sudah memikirkan pemain yang bakal menggantikan keempat-empat pemain itu malam ini.
“Inilah bola sepak. Saya tidak boleh harapkan keajaiban daripada tiga pemain yang cedera itu dan saya perlu menghadapi Malaysia tanpa mereka. Saya tidak punya pilihan lain.
“Malaysia sudah lama tidak ke perlawanan akhir dan kalau tidak silap saya, ia menjangkau 14 tahun. Saya sedar dengan keinginan tinggi pemain Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir tahun ini dan saya harap kami dapat melakukan sesuatu di sini,” kata Calisto.
Mungkin Calisto cuba melancarkan perang psikologi sehari sebelum pertemuan Malaysia-Vietnam apabila berseloroh berkata, Vietnam sudah pasti untung besar andai benteng pertahanan skuad bimbingan Rajagobal itu beraksi seperti ketika menentang Indonesia, 1 Disember lalu.
“Secara jujur, saya tidak berani memandang rendah Malaysia kerana pasukan sekarang tidak lagi sama dengan pasukan yang pernah saya temui sebelum ini. Dua tahun lalu, kami menang 2-0 tetapi kali ini berbeza.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.