Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, November 10, 2010

Rajagobal waspada (Kosmo Online)



RAJAGOBAL (kanan) memberi taklimat kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Shiqiao, Guangzhou semalam.


GUANGZHOU – Andai ranking menjadi ukuran, skuad bola sepak kebangsaan boleh dianggap tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kyrgyzstan pada aksi pembukaan acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.

Perlawanan sulung Kumpulan A itu menemukan Malaysia yang berada di kedudukan ke-149 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan Kyrgyzstan yang sekadar berada di tangga ke-173.

Namun, harus diingat Sukan Asia merupakan saingan membabitkan pasukan bawah 23 tahun dengan hanya tiga pemain lebih usia dibenarkan beraksi.

Justeru, bagi jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal, beliau mahu memberi fokus untuk memastikan para pemain menterjemah segala perancangannya sepanjang 90 minit perlawanan kepada kemenangan.

"Memang Kyrgyzstan memiliki kelebihan fizikal berbanding kita. Mereka mungkin berbahaya dalam situasi bola mati. Tetapi kita ada beberapa pemain yang turut mempunyai ketinggian fizikal yang baik.

"Jadi saya berharap para pemain beraksi seperti apa yang telah saya tunjuk ajar. Guna kesempatan atau peluang yang terhidang nanti dan beri fokus sepenuhnya sepanjang 90 minit.

"Perlawanan pertama penting untuk beri keyakinan dan meningkatkan moral pemain selain menjadi penentu kepada pasukan," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan di Shiqiao No. 2 Middle School petang semalam.

Berdasarkan susunan pemain ketika sesi latihan tersebut, Khairul Fahmi Che Mat hampir pasti diturunkan sebagai penjaga gol sambil dibantu empat pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar.

Safiq Rahim dan Amar Rohidan akan menjana jentera tengah, S. Kunanlan dan S. Chanturu menghidupkan bahagian sayap manakala gandingan serangan, Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani diharap mampu menggegar gawang Kyrgyzstan.

"Walaupun gandingan Norshahrul dan Fakri hanya sempat dibentuk dalam masa terdekat tetapi mereka berdua sudah selalu beraksi bersama. Ini saja pilihan yang saya ada," jelas Rajagobal ringkas.

Skuad kebangsaan ke Guangzhou agak pincang tanpa beberapa tonggak utama yang cedera seperti Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, Nasriq Baharom, Baddrol Bakhtiar, Bunyamin Umar, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...