KOTA BHARU - Kejayaan mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-70 sekali lagi membuktikan hasrat Kelantan untuk merampas kembali piala yang pernah menjadi keagungan bola sepak negeri ini bukan lagi omongan kosong.
Musim lalu, impian Kelantan untuk menjulang piala tersebut tidak kesampaian apabila tewas di tangan Kedah dalam saingan suku akhir. Sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) musim ini yang mahu merampas kembali piala yang dimenangi dua tahun lalu kini digalas oleh barisan pemain yang akan cuba mengulangi sejarah pada 2008 itu.
Skuad kendalian bekas pemain negeri, Zahasmi Ismail itu membuktikan reputasinya selaku pencabar utama dalam edisi kali ini setelah memenangi kesemua ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan seterusnya membolehkan Kelantan muncul juara Kumpulan B.
Pengurus Skuad Kelantan, Nudin Awang berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan aksi pemainnya sepanjang mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan di Kota Bharu.
“Pihak pengurusan cukup berpuas hati dengan persembahan pemain yang membawa Kelantan muncul juara Kumpulan B saingan edisi kali ke-70 ini,
“Secara peribadi, saya berpuas hati dengan hasil kerja jurulatih, Zahasmi Ismail dibantu Hamid Ramli dan Afendi Yusof yang banyak melakukan kerja rumah yang baik walaupun kita mempunyai masa yang singkat dalam menyiapkan pasukan ini.
“Begitu pun, kita akan memperbaiki kelemahan yang berlaku terutamanya di bahagian jentera serangan yang dilihat kurang agresif walaupun kita berjaya menjaringkan sembilan gol dalam tiga perlawanan lalu. Di posisi pertahanan dan tengah, saya lihat ianya tidak banyak memberi masalah kepada kita,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Nudin berkata, bagi menyuntik semangat pemain, pihak pengurusan juga telah mengagihkan bonus serta-merta kepada pemain di atas kejayaan mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut baru-baru ini.
“Saya mahu pemain berseronok mengharungi pertandingan ini tanpa sebarang tekanan walaupun mereka menyedari sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ialah menjulang piala pada tahun ini.
“Pemain Kelantan tidak akan berhenti berehat dan kita akan mengadakan perlawanan persahabatan malam ini bagi memperbaiki sebarang kelemahan dalam pasukan,” katanya.
Dalam perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Kota Bharu bermula 5 hingga 7 November lalu, Kelantan membelasah ATM dengan kemenangan 5-1, menang tipis 3-2 ke atas Johor sebelum menutup tirai aksi kumpulan dengan menyingkirkan Pulau Pinang dengan kemenangan 1-0.
Kelantan dijangka bertemu sama ada Perlis atau Negeri Sembilan dalam saingan suku akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada 13 November ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.