Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 26, 2010

Veteran jadi sandaran Sathia (Berita Harian Online)

Oleh Adnan Mohamad
bhkb@bharian.com.my
2010/10/26

NOR Farhan (kanan) antara barisan pelapis yang mampu meringankan bebanan buat pemain veteran apabila berdepan NS Sabtu ini.
NOR Farhan (kanan) antara barisan pelapis yang mampu meringankan bebanan buat pemain veteran apabila berdepan NS Sabtu ini.


SENTUHAN pemain senior skuad Kelantan dianggap penting bagi mengapikan semangat pemain muda lain dan B Sathianathan percaya elemen itu mampu mengubah wajah cabaran mereka apabila menentang Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Pada pengamatannya, watak bakal didukung oleh ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli dan Mohd Badhri Radzi penting kerana jika mereka berfungsi pemain lain tidak akan gugup buat menstabilkan gempuran nanti.

Ketua jurulatih itu menegaskan dia amat mengharap pemain senior bertindak menenangkan pemain muda supaya mereka dapat bermain dengan baik dan tidak terlalu tertekan.

“Dalam perlawanan yang penting seperti ini, penyokong memang menaruh harapan menggunung menyebabkan tanggungjawab berat diletakkan pada bahu pemain dan ini boleh menyebabkan ada pemain tertekan.

“Di sini, saya mengharapkan gabungan pemain senior dan baru dalam pasukan The Red Warriors, sekali gus membentuk satu pasukan yang lebih dan mantap mampu mencipta kemenangan,” katanya.

Semalam, Sathia turut mendapat berita gembira apabila hukuman penggantungan ke atasnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia ditangguh – sekali gus membenarkan dia mengendalikan pasukan bagi menyahut cabaran final, Sabtu ini.

Dia berpendapat pemain Kelantan harus membaiki kelemahan kerana pertemuan kali ini ialah untuk merampas trofi berprestij itu daripada Negeri Sembilan yang menewaskan mereka di gelanggang sama, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...