David Beckham |
'Jumpa' kawan lama selepas 'terpisah' tujuh tahun lalu
LONDON: Tujuh tahun selepas meninggalkan Manchester United, David Beckham buat pertama kali berdepan pasukan yang menggilapnya menjadi bintang dunia apabila AC Milan menunggu kunjungan juara tiga kali Liga Juara-Juara Eropah itu di San Siro, malam ini.
Satu lagi perlawanan pusingan kedua kalah mati membabitkan juara sembilan kali, Real Madrid menentang jaguh Perancis, Lyon dengan pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo dijangka mengetuai cabaran gergasi Sepanyol itu.
"Ia adalah perlawanan terbesar bagi saya," kata Beckham yang memenangi kejohanan pada 1999 ketika mewakili United.
Pemain England itu juga tidak menyembunyikan rasa bimbang betapa kelibat garang Wayne Rooney yang sudah menjaringkan 23 gol musim ini mampu menjadi pemusnah jika benteng Milan leka, hari ini.
Sementara itu, Rooney � penyerang yang difahamkan meniti prestasi terbaik dalam kerjayanya menyuarakan dia tidak mahu mengambil mudah cabaran daripada Milan � juara Piala Eropah tujuh kali itu.
"Milan memiliki beberapa pemain yang boleh menjaringkan gol, khususnya daripada percubaan set- piece. Saya percaya kami harus waspada dengan setiap gerakan mereka," katanya. � Agensi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.