Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, August 8, 2012

Amri, Bunyamin kena gantung, denda

AMRI digantung tiga perlawanan dan denda RM1,5000.


SKRIP berbeza menimpa penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan dua tonggak Selangor, Mohd. Amri Yahyah dan Mohd. Bunyamin Umar.

Tatkala nasib Ghaddar hanya akan diketahui Jumaat ini, Amri dan Bunyamin pula telah digantung tiga perlawanan dan juga denda RM1,500 setiap seorang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

FAM bertindak demikian selepas kedua-dua pemain itu mengaku salah atas kesalahan tiada semangat kesukanan dan berkelakuan ganas dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada 29 Jun lalu.

Bunyamin didakwa telah menumbuk Ghaddar manakala Amri dikatakan telah memijak belakang pemain import kelahiran Lubnan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, hukuman pengantungan tersebut berkuat kuasa 22 Ogos ini sebaik kempen Piala Malaysia bermula.

"Hari ini (semalam) Jawatankuasa Tatatertib telah selesai bersidang berkaitan dengan dua kes yang melibatkan pemain Selangor iaitu Amri Yahya dan Bunyamin.

"Jadi, kedua-dua pemain itu telah dituduh di bawah kesalahan 2.4 Tataetika FAM 2011 yang mana pertuduhan telah dihantar kepada kedua-dua pemain dan diakhir notis tersebut, kedua-dua pemain dan tertuduh telah mengaku salah.

"Justeru, kesalahan di bawah 2.4 Kod Tatatetib FAM 2011, berdasarkan kesalahan yang dilakukan, maka jawatankuasa berpuas hati untuk mengekalkan jumlah hukuman gantung iaitu tiga perlawanan, selain denda bernilai RM1,500 kepada setiap pemain," kata Taufik pada sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Taufik menambah, Amri dan Bunyamin telah menghantar Borang A yang mana mereka mengakui kesalahan tersebut dan hukuman itu tidak boleh dirayu memandangkan ia merupakan hukuman paling minumum.

"Dalam konteks ini, jika tertuduh mengaku salah dengan menghantar Borang A dan menghadiri mesyuarat tatatertib dengan membawa saksi, ia merupakan satu perkara tidak penting lagi kecuali tertuduh tidak mengaku salah dengan menghantar Borang B," katanya.

Amri yang hadir pada perbicaraan tersebut turut diiringi oleh jurulatih Selangor, Irfan Bakti, penolong jurulatih, P. Maniam serta seorang saksi manakala Bunyamin tidak dapat hadir kerana sedang berada di Vienna, Austria untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Ditanya mengenai nasib Ghaddar, Taufik berkata, pihaknya telah menghantar surat pertuduhan kepada pemain tersebut dan kes berkenaan dijangka dibicarakan Jumaat ini.

"Mohamad Ghaddar akan didakwa di atas kesalahan sama (iaitu di bawah Kod 2.4 Tataetika FAM 2012)," katanya.

--- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...