Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 30, 2012

Kelantan ikat Obinna sebagai pemain import terbaharu

Obinna Nwaneri


Aksi Zakaria Charara bersama TRW

ARKIB : 30/01/2012

30/01/2012 8:43pm

KOTA BHARU 30 Jan. – Pasukan Kelantan, ”The Red Warriors” hari ini menandatangani kontrak dengan bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneiri sebagai pemain import bagi terus mengukuhkan kedudukan pasukan itu di persada Liga Super musim ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, pemain berusia 30 tahun itu akan menggantikan Zakaria Charara dari Lebanon yang akan berpindah ke pasukan Kuala Lumpur bagi membantu pasukan tersebut.

"Kita mengikat kontrak bersama Obinna selama setahun dan beliau dijangka akan beraksi buat pertama kalinya Rabu ini dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Obinna yang juga hadir ketika perlawanan antara Kelantan dan Kuala Lumpur baru-baru ini teruja dengan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV dan berjanji akan menggunakan pengalaman luasnya untuk memperkasakan The Red Warriors,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelantan kini mempunyai empat pemain import iaitu Mohamed Ghaddar (Lebanon), Denny Antwi (Ghana), Emmanuel Okine (Ghana) serta Obinna.

Pasukan itu kini berada di kedudukan teratas Liga Super selepas lima perlawanan dengan mengumpul 13 mata. – BERNAMA

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...