Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 1, 2011

Baddrol kekal bersama Kedah

TONGGAK utama Kedah, Baddrol Bahtiar, kekal bersama skuad Hijau Kuning sehingga musim depan walaupun menerima tawaran daripada kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Baddrol berkata tawaran seumpama itu sememangnya dinantikan kerana mahu menimba pengalaman baru dan meningkatkan mutu permainannya namun dia masih mempunyai kontrak setahun bersama Kedah.


Katanya dia akan berbincang dan menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk membuat keputusan.

“Apapun saya serahkan kepada KFA untuk mempertimbangkan sama ada nak lepaskan saya atau tidak. Saya juga perlu berbincang dengan keluarga terlebih dulu sebelum menerima tawaran itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Baddrol yang juga ketua pasukan negara pada Sukan Sea XXVI berkata turut menerima beberapa tawaran daripada pasukan tempatan iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Sabah, namun terpaksa melupakannya disebabkan terikat dengan kontrak sedia ada.


Mengenai pemain import, Baddrol berkata dia berharap mereka yang terpilih dapat bermain dengan bersungguh-sungguh bagi membantu Kedah menjulang piala musim depan.

“Saya harap pemain import baru mempunyai kualiti tinggi kerana akan memikul tanggungjawab besar peminat untuk membantu pasukan selain bekerjasama dengan jurulatih pasukan dan pemain lain,” katanya.

--- Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...