Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, June 10, 2011

Selesa bukan pilihan: Karathu


KELANTAN akan turun sebagai underdog apabila menentang Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA edisi ke-22 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Jurulatihnya, Datuk M Karathu berkata, pemain The Red Warriors perlu fokus dan tidak terbawa-bawa selepas membelasah Terengganu 3-0 pada perlawanan Liga Super, Isnin lalu.

“Kita tetap menjalani latihan seperti biasa. Tidak ada ramuan khusus bagi menentang Terengganu kali kedua dalam tempoh seminggu ini. Saya berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan pemain.

“Kita hanya selangkah lagi untuk menjulang Piala FA buat pertama kali. Jadi, saya lebih selesa Kelantan turun sebagai underdog kerana sudah pasti kita tidak mahu berhadapan tekanan kerana Terengganu sebenarnya dilihat pasukan pilihan dalam perlawanan akhir ini,” katanya.

Menurutnya, kemenangan dalam saingan liga menyuntik keyakinan tinggi kepada pemainnya namun pada masa sama beliau tidak mahu pemainnya terus hanyut sambil menekankan betapa persembahan yang konsisten harus ditunjukkan dalam pentas final itu sekiranya ingin bergelar juara.

“Kekuatan Terengganu sebenarnya terletak di bahagian serangan. Sudah pasti Terengganu akan kembali menebus kekalahan lalu. Mereka tahu kekuatan kita dan kita tahu kekuatan mereka. Masing-masing akan mengatur strategi tersendiri dan kita akan lihat kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan berkualiti.

“Ini perlawanan akhir dan ianya cukup berbeza dengan perlawanan lain. Saya tekankan kepada semua pemain kita perlu memberikan lebih 20 peratus dalam perlawanan akhir ini,” katanya.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena