Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, June 11, 2011

Peteh enggan menangis sekali lagi

KAPTEN Terengganu, Mohd Marzuki Yusof melaungkan amaran kepada Kelantan supaya tidak memasang angan-angan tinggi untuk menjulang Piala FA buat kali pertama.

Ini kerana dia dan rakan sepasukannya sedia menebus kesilapan ketika kalah 3-0 pada perlawanan Liga Super sebelum ini bagi memastikan skuad Penyu tidak menangis lagi.

“Final Piala FA dan perlawanan liga adalah perlawanan yang berbeza. Saya akui kami banyak melakukan kesilapan pada pertemuan dengan Kelantan sebelum ini dan kesilapan itu tidak akan berlaku lagi pada perlawanan final esok (hari ini).

“Kami sudah memperbaiki kelemahan dan saya dan pemain lain berjanji mempamerkan permainan terbaik,” katanya.

Namun kata-kata disuarakan Marzuki langsung tidak menggentarkan Mohd Badri Radzi yang bakal turun beraksi mengemudi barisan Kelantan.

Sebaliknya, pemain yang lebih senang disapa dengan panggilan Piya yakin skuad dibentuk jurulatih Datuk M Karathu mempunyai ramuan cukup untuk melakar sejarah muncul juara Piala FA pertama sejak 1990.

“Saya harap kami menjulang trofi Piala FA kali ini tapi itu bukan tugas mudah kerana Terengganu juga pasukan yang bagus tambahan pula mereka akan menurunkan Saha (Mohd Ashaari Shamsuddin) yang tidak bermain ketika Terengganu kalah tempoh hari.

“Bagaimanapun semua pemain sudah bersedia berdepan Terengganu, harap-harap rezeki kami kali ini,” katanya


------ Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena