Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, May 17, 2011

Terengganu ke final Piala FA (Berita Harian Online)

Oleh Hamid Salleh
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/17

PEMAIN Terengganu, Abdul Hadi Yahaya diasak  penjaga gol  Pahang  di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, malam tadi.
PEMAIN Terengganu, Abdul Hadi Yahaya diasak penjaga gol Pahang di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, malam tadi.

Tewaskan Pahang 2-0 bertemu Kelantan tentukan mahkota juara

JARINGAN penalti Abd Hadi Yahya dan pemain gantian, Mohd Alim Fahmi Kamaruddin memastikan Terengganu terus mengekalkan kelebihan ke atas Pahang untuk menempah tempat ke final Piala FA selepas menewaskan pasukan tetangga 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Terengganu yang turun ke gelanggang berbekal kemenangan 3-2 pada separuh akhir pertama di Kuantan, Jumaat lalu mengesahkan kemaraan ke final dengan kemenangan agregat 5-2 untuk bertembung Kelantan yang seri 1-1 dengan Selangor tapi layak atas agregat 6-2.
Seramai 15,000 penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan antara dua pasukan Pantai Timur itu dan masih ramai yang tidak dapat masuk kerana tiada ruang tempat duduk.

Sebaik tiupan wisel oleh pengadil, Shokri Nor, Terengganu terus mengasak, namun beberapa percubaan mereka gagal menghasilkan gol. Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit keenam melalui Abd Hadi, tetapi rembatan kaki kirinya tersasar walaupun hanya berdepan penjaga gol Pahang, Mohd Rospazul Azuar.

Kesilapan penjaga gol Pahang, Mohd Rospazul yang menyambar kaki Abd Hadi dalam kotak penalti pada minit ke-35 akhirnya membawa padah apabila Terengganu dihadiahkan sepakan penalti yang kemudian disempurnakan penyerang tuan rumah itu untuk gol pembukaan.

Terengganu sepatutnya dapat menambah jaringan melalui Joseph Kalang Tie pada minit ke-55 tetapi gagal melakukan penyudah dengan baik bola hantaran Ashaari Samsudin.
Begitupun, tujuh minit kemudian, pintu gol Terengganu pula cemas apabila Pahang melakukan satu asakan berbahaya, namun rembatan pemain lawan dapat diselamatkan Sharbinee.

Usaha tuan rumah untuk menambah gol akhir terhasil pada minit ke-85, menerusi pemain gantian, Mohd Alim yang menyempurnakan hantaran Ahmad Nordin Alwi untuk menjadikan keputusan muktamad 2-0.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena