Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 9, 2011

Salim ganti Mosthakeen (Harian Metro Online)

SELEPAS seminggu berlalu, akhirnya tanda tanya menyelubungi siapa calon bakal diberi kepercayaan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengendalikan skuad Singa Utara bagi menggantikan Mosthakeen Omar yang meletakkan jawatan pada 1 Mac lalu, terlerai semalam.

Ini berikutan PFA membuat keputusan untuk melantik bekas tonggak pertahanan Perlis era 1970-an, Salim Tofel Mohamad sebagai pengendali sementara bagi mengharungi kempen Liga Malaysia selepas ini.

Pengesahan perlantikan itu dibuat pengurus Perlis, Azhar Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan ketika dihubungi di Kangar, semalam.

“Selepas mengambil kira pelbagai aspek, pihak pengurusan memutuskan memberikan kepercayaan kepada Salim untuk mengendalikan pasukan buat sementara waktu.

“Ini kerana Perlis bakal beraksi menentang KL Felda United pada 12 Mac ini dalam saingan Liga Super, maka pihak pengurusan pasukan perlu memilih dan melantik seorang pengendali baru yang dikira memiliki kelayakan Lesen A.

“Bagaimanapun, pada masa sama, kami akan mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan mampu dilantik ketua jurulatih Perlis untuk menghadapi baki saingan,” katanya.

Salim, 60, bukan asing dalam arena bola sepak Perlis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...