Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

RTM dan Astro siar pertemuan Malaysia-Pakistan esok (Sinar Harian Online)


RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan untuk membawakan siaran secara langsung perlawanan kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 membabitkan pertemuan Malaysia lawan Pakistan, malam esok.

Berita baik ini sekali gus menggembirakan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat aksi pemain Harimau Malaya di kaca televisyen berjuang untuk mara ke pusingan kedua sejak 1980.

Menurut Seksyen Perhubungan dan Perancangan Media, Nurul Fariza Ibrahim ketika dihubungi, RTM menerusi slot TV1 akan mengadakan ‘live’ pertemuan itu nanti.

“Pihak RTM akan menyediakan slot siaran langsung untuk peminat bola sepak kebangsaan menerusi TV1.

“Waktu siaran akan bermula pada jam 10.50 malam,” katanya.

Sementara itu, Astro Arena juga menyiarkan siaran langsung melibatkan pertemuan kedua-dua pasukan itu.

Pegawai Media Astro Arena, Norsuziyannie Mat Noor mengesahkan hal itu ketika dihungi Sinar harian, semalam.

“Astro Arena turut tidak ketinggalan menayangkan aksi Malaysia menentang Pakistan bermula 10.30 malam esok,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...