Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 8, 2011

Tidak perlu pesta (Harian Metro)

LONDON: Kenny Dalglish enggan berpesta meraikan pembalasan terhadap Fernando Torres yang tampil kali pertama bersama Chelsea ketika Liverpool menewaskan kelab baru bekas penyerangnya 1-0 di Stamford Bridge.

Torres mengabaikan rayuan Dalglish supaya kekal di Anfield hinggalah permintaan penyerang Sepanyol itu berpindah menjadi kenyataan dengan rekod perpindahan tertinggi di Britain, �50 juta (RM245.1 juta) hujung minggu lalu.


Torres percaya Liverpool berada dalam proses peralihan, membuatkannya mahu berpindah ke Chelsea kerana melihat The Blues sebagai pencabar serius kejuaraan.

Dalglish yang juga legenda di Anfield pernah menjuarai banyak trofi utama ketika menjadi pemain dan pengurus Merseyside amat kecewa dengan tindakan Torres yang tidak menaruh kepercayaan terhadap Liverpool.


Begitupun, taktik yang diamal Liverpool awal pagi semalam menenggelamkan Torres sehingga pemain itu dikeluarkan pada minit ke-66.


Dalglish pantas menafikan misinya untuk menghalang Torres, sebaliknya hanya fokus kepada taktikal bertahan dan serangan balas pantas.

“Pemain menanganinya secara profesional. Saya tidak fikir adanya dorongan tertentu, apa yang diingini pemain dalam hidup mereka adalah hak mereka,” kata Dalglish.


“Saya ke sini untuk dapatkan tiga mata, tidak kiralah siapapun diletakkan Carlo Ancelotti di bahagian serangan, itu bukan masalah.

“Dia (Torres) memperoleh satu peluang tapi Jamie Carragher melakukan tugas dengan baik menghalang cubaannya itu.


“Saya sentiasa katakan bahawa orang paling penting pada saya adalah mereka yang berada di Kelab Bola Sepak Liverpool. Kami sudah ada empat kemenangan tanpa bolos dan memungut 12 mata dan saya pasti semua peminat Liverpool amat gembira ketika ini.” Sepuluh hari lalu, masa depan Liverpool bertukar suram apabila Torres berpindah sebelum tingkap perpindahan berakhir. Tetapi sebaliknya berlaku ke atas skuad Dalglish.


Kemenangan ke atas Stoke dan Chelsea mengangkat kedudukan Liverpool yang kini hanya ketinggalan enam mata dengan pasukan di kedudukan keempat. Mereka juga berjaya mendapatkan pemain baru, Luis Suarez dan Andy Caroll yang dibeli hasil penjualan Torres. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena