Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 24, 2011

Tariq lega kalah tipis (Harian Metro Online)

JURULATIH skuad Olimpik Pakistan, Tariq Lutfi menerima kekalahan 2-0 di tangan skuad negara dengan menyifatkannya pencapaian baik kerana berjaya mengelakkan diri daripada dibelasah teruk.

Katanya, pasukannya yang masih mentah tanpa pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa sudah melakukan sehabis baik untuk mengekang asakan skuad Malaysia apatah lagi selepas kehilangan seorang pemain di penghujung babak pertama.

“Seperti yang saya katakan sebelum perlawanan lagi, kami cuba untuk memberikan tentangan kepada Malaysia tapi malangnya kami melepaskan gol pada babak pertama. Tambah menyukarkan apabila seorang pemain kami menerima kad merah.

“Mujurlah dengan pertukaran penjaga gol, kami berjaya mengelak daripada dibolosi apabila Malaysia mempunyai dua hingga tiga percubaan terbaik.

“Ini adalah perlawanan yang bagus untuk pendedahan kepada pemain saya,” katanya kepada pemberita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...