Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 24, 2011

Pertahan kelebihan dua gol: Kim Swee (Sinar Harian Online)

PENGENDALI skuad Olimpik, Ong Kim Swee berharap anak buahnya dapat mempertahankan kelebihan dua gol yang dimilikinya setelah menumpaskan Pakistan 2-0 pada pusingan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Jaringan menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail pada babak pertama sudah cukup untuk mematikan langkah skuad kendalian Tariq Lutfi itu.

Namun, Kim Swee tetap berkeinginan melihat anak buahnya menambah satu atau dua gol sekurang-kurangnya pada perlawanan timbal balik di Lahore, 9 Mac ini.

“Saya optimis kami mampu mencari sekurang-kurangnya dua gol di Pakistan nanti.

“Saya berharap kami mengekalkan momentum ini dan memastikan layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Mengulas mengenai adakah beliau akan mengekalkan kesebelasan yang sama di Lahore, Kim Swee berkata, ia bergantung kepada tahap kecergasan pemainnya kerana mereka perlu melalui tiga perlawanan Liga Malaysia sebelum perlawanan sebenar di sana.

“Saya tidak boleh memutuskan siapakah yang akan diturunkan pada aksi timbal balik nanti.

“Segalanya bergantung kepada tahap kecergasan pemain kerana selepas ini kami mempunyai tiga perlawanan dalam liga domestik sebelum berkunjung ke Pakistan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...