Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

Pendedahan jadi misi utama FAM 2011 (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan cuba untuk terus memberikan pendedahan intensif kepada skuad senior kebangsaan sehingga ke peringkat antarabangsa bagi memastikan prestasi mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Malah FAM masih lagi mempertimbangkan langkah untuk meneruskan kembali program pembangunan pemain bagi beraksi di Slovakia.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada tahun ini akan ada beberapa pendedahan kepada skuad kebangsaan dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Katanya, FAM juga telah mencapai perbincangan di peringkat akhir dengan liga di Singapura untuk membenarkan skuad kebangsaan bermain di dalam liga mereka selain membenarkan pasukan itu bermain di negara ini.

''Kami sentiasa mahukan skuad kebangsaan yang ada ini mendapat pendedahan yang luas supaya kecemerlangan mereka dapat diteruskan.

''Di peringkat awal ini juga kami ada merancang untuk memberikan skuad senior kita sentiasa mempunyai perlawanan di peringkat antarabangsa,'' katanya kepada pemberita selepas majlis undian Liga Malaysia di Bukit Jalil, semalam.

Dalam pada itu, Annuar berkata, FAM akan memberikan peluang kepada ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal dan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal untuk memberikan cadangan berhubung pendedahan perlawanan yang mereka inginkan.

Tambah Annuar, langkah itu berupaya untuk menyampaikan kehendak pasukan dengan lebih jelas dalam usaha memperkasakan skuad kebangsaan.

''Mereka boleh memberikan pandangan berhubung pendedahan yang ingin diberikan kepada pemain dan selepas itu pihak FAM akan menilai semula sebelum mengeluarkan keputusan.

''Bagi pihak persatuan kami memang mahu skuad kebangsaan memperoleh sesuatu yang mampu dimanfaatkan dengan baik pada masa akan datang melalui pendedahan yang diberikan,'' kata Annuar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...