Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

MSL angkat martabat bola sepak (Berita Harian Online)

Oleh Jumiati Rosly

2011/01/27

Pasukan akan dapat wang kocek, geran tahunan di bawah pengurusan baru

IMEJ bola sepak Liga Super Malaysia (MSL) bakal mengalami transformasi di bawah pengurusan baru apabila pasukan dan kelab bakal mendapat wang kocek tambahan selain daripada geran tahunan disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mahu lebih kerap turun padang mendengar permasalahan persatuan negeri dan juga kelab-kelab lain, Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa akan membawa cadangan kepada Jawatankuasa Kewangan untuk memberi bayaran kepada pasukan bertanding yang mana perlawanannya ditayangkan secara langsung di televisyen.

Katanya, pasukan yang bertanding dalam Liga Super juga akan diberi bayaran sebagai imbuhan kepada pasukan yang berjaya layak dalam liga itu bagi memberi sumber kewangan lebih untuk menjadikan saingan liga tempatan lebih kompetitif.

“Jika dulu hanya pasukan yang berkedudukan satu hingga tiga mendapat imbuhan dan kini kita akan cari satu kaedah, di mana pasukan di tempat ke-14 pun akan dapat duit tetapi semua itu bergantung juga pada kedudukan masing-masing,” katanya selepas melancarkan Liga Malaysia yang baru di Wisma FAM, semalam.

Katanya cadangan baru itu diharap dapat dilaksanakan dalam musim ini juga bagi meningkatkan martabat bola sepak Liga Malaysia.

Mengenai status penaja utama, Annuar berkata perkara itu kini sudah 80 peratus di peringkat perbincangan dan akan diputuskan Astro, penaja bersama MSL dalam masa terdekat tetapi yang pastinya keputusan itu akan diketahui selepas perlawanan sumbangsih pada Sabtu ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) MSL yang baru dilantik November lalu, Stuart Ramalingam yang juga perunding bagi FIFA (Professionalisation Consultant and Regional Instructor FIFA), berazam membantu pasukan dan kelab bola sepak menambah pendapatan menerusi pemasaran dan pengiklanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...