Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Mental perlu kuat - Khairul Fahmi (Harian Metro Online)

ENGGAN terlalu yakin, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat menganggap ketahanan mental adalah elemen yang penting bagi dirinya sebagi benteng terakhir skuad kebangsaan apabila turun beraksi di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta menentang Indonesia, malam esok.

Menurut penjaga gol berusia 21 tahun itu aksi di stadium lawan sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan perlawanan yang diharunginya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Bagi dirinya ketahanan mental adalah sangat penting terutamanya untuk berdepan dengan puluhan ribu penonton fanatik Sang Garuda yang pastinya akan bersorak habis-habisan untuk menyuntik semangat pemain mereka bagi mencari gol awal.

“Seperti pemain lain, saya juga mahu memberikan aksi yang terbaik dan seboleh-bolehnya tanpa melepaskan sebarang gol mudah kepada lawan dan membaiki beberapa kelemahan yang ada,” tambahnya.

Penjaga gol kelahiran Kelantan itu juga berpuas hati dengan persembahan barisan pertahanan pada separuh akhir pertama yang merantai rapi ayam tambatan lawan, Cristian Gonzales dan berharap dapat mengulanginya sekali lagi.

“Pertahanan kita bermain dengan baik terutamanya Mohd Fadhli Shas dan Mohd Muslim Ahmad yang mengawasi Gonzales dengan baik sekali sehingga gagal mendapat ruang yang baik untuk melakukan percubaan ke arah gol,”tambahnya.

Khairul Fahmi bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukan yang lain agar tidak terlalu selesa dengan bekalan tiga gol itu dan bermain secara lewa dan mengingatkan agar mengikut sepenuhnya arahan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...