Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

Jalaluddin mahu julang Tok Gajah (Harian Metro Online)

“HANYA Piala Malaysia belum dijulang,” kata kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar berazam mengembalikan kegemilangan skuad itu seperti dilakukan barisan pemain 1992 yang menjulang piala berprestij itu.

Jalalludin kini mengimpikan untuk membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Pahang selepas kali terakhir dilakukan skuad 1992 yang dibarisi Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan yang kini menjadi jurulatih dan penolong pengurus Pahang.

Menurutnya, sejak mewakili Pahang pada 1997, gelaran juara Piala Malaysia sering diidamnya selepas meraih gelaran Piala Liga Perdana pada 1999, Piala Liga Super 2004 dan Piala FA 2006.

“Saya harap musim 2011 berpihak kepada Pahang ter utama faktor umur saya yang makin meningkat. Namun, kejayaan itu perlu disusuli dengan kerjasama semua pemain.

“Saya gembira kerana masih diberi kepercayaan menabur bakti bersama Pahang tanpa merujuk kepada usia.

“Bagi saya, faktor usia bukan masalah kerana mampu memberi sumbangan bermakna sejak menyertai Pahang pada 1997,” kata pemain kelahiran Pekan itu.

Jalaluddin yang kini berusia 35 tahun tidak menganggap kehadiran pemain muda sebagai tekanan, sebaliknya mematangkannya untuk memastikan corak permainan Pahang berada pada prestasi terbaik.

Musim ini, dia membantu Pahang layak ke suku akhir Piala Malaysia dan berharap mengulangi pencapaian pada 2004 iaitu muncul juara Piala Liga Super.

Dia turut berharap semua pemain termasuk pemain baru meningkatkan persembahan.

“Sejak memulakan latihan 1 Disember lalu, semua pemain begitu teruja mencipta kejayaan membanggakan musim 2011,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...